Saturday, May 21, 2011

maaf kan saye !




awak .

maafkan saye .

saye silap .

saye buat awak kecik hati

saye tak patot buat awak marah .

saye tak sengaje .

saye mintak maaf kat awak .

awak maafkan la saya .

saya menyesal .

awak senyum la macam selalu .

awak ketawe la macam selalu .

awak bergurau la macam selalu .

saye janji tak akan buat awak sakit hati lagi .

tak akan buad awak bad mood lagi .

saya nak buat awak senyum dan ketawe saje .

saya janji .

AWAK MAAFKAN SAYE !





awak maaf kan saye buleh ?

saya mintak maaf banyak banyak .




boleh tak saye nak tengok awak senyum macam ni semula ?





p/s : entry ni khas untuk awak botak .
shamsul , maaf kan saye :(

Friday, May 20, 2011

tengok kartun ? HARUS LAH !



kenape mesti tengok kartun ?
sebenarnye takde la MESTI .
cume HARUS lah kan .
sebab kan kartun lah kite akan ketawe tergolek golek tau .

idea nak tulis entry ni tetibe datang dengan sendiri nye .
walaopon umur zaty da nak masok 9teen kartun tetap dalam hati zaty .
kekadang sesetengah orang yang dah agak berumur seperti zaty ni malu nak tengok kartun .
perlu ke ?
takot diketawekan atau takot dituduh " eee , die ni macam budak budak betul lah . ade ke da tue2 bangke tengok kartun , kartun sinchan lak tu " HAHA

kolot okey pemikiran macam tu .
tak semestinya kalau kite tengok kartun menunjukkan kite ni kebudak budakan * walaopon betul .

mase kecik2 dulu memang banyak sangat kartun2 best . tapi yang jadi feveret zaty ialah DORAEMON oke . punye lah suke tengok doremon smpai coundown bile doremon nak mula .
mule lah berfantasi kan "kalau lah ade kocek macam doremon boleh keluarkan ape jerp . kalau lah ade pintu macam doremon ? boleh pegi mane2 jep . kalau lah ade mesin mase macam doremon ? boleh ulang mase dan pergi ke mase depan . HAHA . sumpah memang itulah yang ade kat otak bile tengok doremon . betul kan kawan2 ?



setelah meningkat sedikit lagi usia , zaty dah minat sangat dengan kartun DRAGON BALL . best gilew oke . lagi lagi tengok hero die son goku . pada zaty goku lah paling hensem dan kuat . HAHA. lagi lagi bile jadi super saaya . banyak sangat watak dalam ceter ni bulma , master roshi yang watak jahat nye pon banyak jugak . antara yang zaty ingat vegeta , cell , frieza . rasenye ade ramai lagi kot tapi tu jep la yang zaty ingat . yang best nye bile goku kawen dan ade anak anak . kuat macam bapak nye jugak oke . mule2 zaty taktau ape dragon ball sbenar nye rupe2 nye 7 biji bola kalau dkumpol kan boleh keluarkan sekor nage besar dan boleh tunaikan permintaan .


oke yang seteros nye ialah sinchan . budak kecik yang gatal dan sengal . berdekah oke tengok sin chan ni yang cool jep bile ade masalah pon . sin chan yang selalu kene jetat dengan mak die . HAHA





detective conan lah yang zaty paling minat sampai sekarang oke . sumpah sanggop tahan kencing semate nak tengok conan a.k.a sinichi tau . takot terlepas dan tak tau sape pembunuh . HAHA . setiap episod mesti ade kes bunuh dan conan lah yang sebok dok siasat sape pembunuh nye . kalau nak harap kan pak cik die HARAM . setiap episod mesti exited nak tau sape pembunuh nye . selalu nye pembunuh mesti orang yang tak disangke .


sebenar nye banyak lagi kartun sekarang ni antara nye hagemaru , naruto power rangers , sailomaon , tom and jerry dan banyak lagi oke . kalau nak zaty ceterkan satu2 mang tak abis sebulan oke . tapi ape yang zaty tayang kat atas tu lah antare kartun yang zaty minat . sekuran kurang nya kalau kite tengok kartun dapat la kurang kan stress kite bekerje ke belajar ke . sebab konferm tak kire la kartun ade kisah bunuh ke ape ke mesti ade lawak nye . so , kawan2 tak payah la nak malu malu kalau nak tengok kartun konon tak macho lah tak cun lah . semua ni just for fun untuk hiburkan hati . so , majulah kartun untuk diri sendiri . HAHA :p



Tuesday, May 17, 2011



SAYE BAHAGIA DAN GEMBIRA !

Monday, May 9, 2011

my baby sayang 19th birthday !

warning untuk entry ni . entry zaty kali ini agak kegedikan dan melampau .
sesape yang tamao bace sile tinggalkan page zaty tanpe membace entry ini .



akhir nye tarikh keramat sudah tibe 10.05.2011 .

ta sangke kan awak da 19 tahon .

cepat nye mase berlalu .

rase nye dulu awak kecik dan pendek jep .hehe .

sekarang awak dah sambung belajar .

dan awak da ade buah hati pon kan ,

gatal kan awak belom habis belajar tapi nak bercinte . ngee

anyway zaty kat sini nak wish hepy bufday to my baby muncit !







HAPPY BIRTHDAY AWAK .

semoge segale impian menjadi kenyataan .

belajar elok elok taw awak .

jangan nak main2 sangat tau .

SAYE SAYANG AWAK LAH BOTAK !









Thursday, May 5, 2011

semua hilang !

SEMUA HILANG !

ape yang hilang ?

sebenarnye lappy zaty dah oke tak rosak lagi oke .

gembira sangat lah .

terima kasih kepada uncle mazlan zaty yang sudi meluangkan mase untok repair lappy kesayangan zaty ni .

sebenarnye tak rosak ape pon cume ade something *maybe sebab lappy zaty da berat sangat .

sambil2 uncle tengok2 lappy zaty uncle ade la membebel sikit .

marah sebab zaty tak jage lappy sebab berhabok . HAHA .

selepas lappy buleh dihidopkan semula zaty dikejotkan dengan berite .

bahawa document dalam lappy zaty telah HILANG SEMUANYA!

OMG , kenapa mesti hilang .

banyak sangat bende yang zaty tak copy kat hardware .

sedih sangat walaupon gembira kerana lappy dah bule gune .

satu ape pon dah takde dalam lappy ni .

macam lappy baru pulak dengan wallpaper pemandangan di gunung .

terpakse lah zaty install satu satu .

ape ape pon seronok oke bile dapat gune lappy sendiri dan tak perlu meminjam orang lain punye untuk zaty unline dan singgah blog blog korang .




Tuesday, May 3, 2011

lagu untuk awak !

dirimu satu sayang !





saye rindu awak !

saye tunggu awak balik !

saye tunggu date kite yang akan datang !

cume diri awak satu !

SHAMSUL BIN KADIR !

Sunday, May 1, 2011

lappy saye rosak !




lappy saye rosak !

benci benci benci benci !

kenape rosak ?

tak nak gune lappy lain .

zaty nak lappy kesayangan zaty jugak !

sebab lappy zaty screen besar .

nak tengok muke kawan kawan kat facebook pon senang !

nak bace blog kawan kawan pon senang !

nak komen komen pon senang !

nak tengok video pon senang !

ape ape pon senang taw !

lappy ? kenape awak rosak ?

sampai nye hati awak !

saye kene kumpul duit untuk betol kan awak !

saye akan merindui awak lappy !

:(





*buat mase ni . pinjam dulu netbook mak " mak ,nak pinjam netbook taw sementara zaty kumpol duit untok betolkan lappy zaty " :(






kenape perlu bercinta ?

hai kawan kawan . lame kan zaty tak update blog . agak sibuk kebelakangan ni *sbenarnye malas kot . hari ini ade satu artikel zaty nak kongsi . tapi artikel ni bukan zaty yang create . zaty cume tertarik dengan artikel ni dan merasakan ianya menarik . zaty terjumpe artikel ni dan teros bace dan sekarang zaty nak kongsi dengan awak awak semue . mungkin awak awak semue berminat dengan artikel ni .



Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..


Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk BERCINTA....