Tuesday, April 17, 2012
dekat sini aku nak cakap yang aku sangat sangat sangat STRESS atau dipanggil TEKANAN !
terlalu banyak masalah yang aku alami sejak akhir akhir ni :( dari macam macam segi .
so kat sini aku nak kongsi sedikit tentang STRESS walaupon aku sendiri yang mengalaminya .
punca stress :
1 : tekanan di tempat kerja
2 : masalah kewangan
3 : Pencapaian pendidikan
4 :Hubungan dengan ibu bapa dan ahli keluarga
5 :Peluang untuk berdikari dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri
5 :Hubungan dengan adik beradik
6 :Hubungan dengan rakan-rakan
7 :Peluang bersosial dengan rakan berlainan jantina
8 :Kecenderungan terhadap sukan, hobi dan aktiviti
cara mengatasinya :
1. Rehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.
2. Merangka jadual kerja seharian anda. Berikan keutamaan kepada yang paling penting.Selesaikan satu persatu.
3. Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan. Atau, lakukan secara beransur-ansur tetapi tetap.
4. Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat. Mereka adalah pembantu kita di dalam kesusahan.
5. Kerap bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan ketegangan. Ia juga mampu menyenyakkan tidur dan mengelakkan kerisauan yang tidak menentu.
6. Luahkan masalah anda kepada orang lain seperti pasangan anda, keluarga dan teman-teman yang mungkin boleh membantu. Hasilnya anda akan berasa lega.
7. Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda. Tidak perlu melancong ke luar negara, dalam negara sendiri sudah mencukupi.
8. Jangan memendam rasa. Kesilapan lepas dijadikan pengajaran bukannya dikesali untuk sepanjang hayat. Ingat, semua orang melakukan kesilapan dan kita tidak terkecuali.
9. Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat diatasi; jangan segan berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan khidmat kaunseling.
sumber dari google
Sunday, April 15, 2012
ehemm lame sangat rasenye aku tak update blog ni kan . bukan ape sejak akhir akhir ni kemain lagi busy nye mengalah kan orang besaq . rasenye dah lebih 7 BULAN weyhh tak edit blog post ape ape . ni pon update sebab cik ariya khidir dah bising . okay okay saye update ye cik ari . tapi buat masa ni , ini sahaja lah entry ku . sekadar memberitahu yang saya masih wujud dan blog ini masih berfungsi .
wee you next entry :)
Wednesday, August 24, 2011
padah berbelanja saat akhir
Saturday, August 20, 2011
terime kasih si dia

assalamualaikum ,
Sunday, July 17, 2011
beli novel beli novel
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.